#COVID19 Daripada 122 kes baharu hari ini, 52 adalah kes import dan 70 adalah kes tempatan.

Daripada 70 kes tempatan, 24 kes di PKPD dan 46 kes PKP.

96068052 2478575955576293 4256888906227646464 o

Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,298 kes dengan kadar kesembuhan 70.07% bersamaan 4,413 kes dan kadar kematian 1.67% atau 105 kes kematian.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

95266040 10157005419511237 9006001852218605568 o

Statistik #COVID19 seluruh dunia oleh @WHO menunjukkan kes sembuh melebihi 1 juta orang atau 31.5% drpd lebih 3.3 juta pesakit.

Turki dan Rusia kini termasuk antara 10 negara catat kes positif melebihi 100,000.

Virus ini menjangkiti seluruh pelusuk benua kecuali Antartika.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19 

95130791 2476313869135835 4565019570963742720 o

Kita telah melihat kesan kes import kepada gelombang pertama dan kedua Covid-19. Punca PKP dilaksanakan adalah juga berpunca daripada satu kementerian yang telah meluluskan perjalanan keluar negara dalam kuantiti yang banyak. Namun ramai juga telah batalkan dan membeli tiket baru pada masa akan datang.

Adakah kita hendak melihat gelombang yang lebih teruk selepas ini? Batalkan sahaja niat anda keluar negara ketika ini. Hentikan dulu rancangan ke luar negara hingga satu tarikh iaitu sehingga vaksin ditemui.

Jika pun sempadan negara dibuka, kebanyakan negara di dunia ketika ini telah menutup sempadan negara mereka. Anda tidak tahu bilakah waktu sebenar mereka akan membuka sempadan. Dan kalau dibuka, anda tidak tahu keadaan mereka yang pada bila-bila masa akan lockdown tanpa amaran. Ini akan menyukarkan lagi proses untuk pulang ke tanah air.

Lihat contoh paling mudah, pekerja Malaysia di Singapura. Mengalami kesukaran dari segi tempat tinggal, kos sara hidup, dan kini terpaksa mengikut kuota 400 orang sehari sahaja untuk pulang.

Di Singapura juga, warga mereka yang keluar negara selepas 27 Mac dikehendaki membayar penuh kos perubatan jika didapati positif covid 19 sewaktu pulang ke negara dan tidak ditanggung insuran. Kos perbelanjaan untuk merawat pesakit covid boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Kita patut lakukan perkara sama jika sempadan negara dibuka semula untuk mereka melancong

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

95613710 2475932035840685 8935137915491581952 o

Kawalan Pergerakan kini ditumpukan kepada lokaliti/ kawasan masih zon merah.
 
Bagi kawasan zon hijau mereka boleh bergerak seperti biasa dengan syarat dan SOP Ketat.
 
Namun penduduk zon hijau diingatkan PKP masih berkuatkuasa sehingga 12 Mei 2020: @IsmailSabri60
 
#PKP terus dilaksana, Akta 342 berkuatkuasa, tindakan masih diambil kepada yang ingkar. --@IsmailSabri60>
 
Jumlah tangkapan ingkar #PKP sehingga kini 23,266 individu - @IsmailSabri60
 
amalkan penjarakkan social, kerap basuh tangan dan duduk di rumah