Daripada 94 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia.

Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja. Rujuk infografik bagi mendapatkan maklumat lanjut pecahan kes penularan tempatan.

#covid19malaysia
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

94786523 2469666049800617 2648193791520931840 n

Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 94 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 55 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,087 kes

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 40 orang dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kes kematian baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal setakat 100 kes.

#StrongerTogether
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

94992261 2469576799809542 4777292033146486784 o

Warga emas adalah golongan yang berisiko kepada pelbagai penyakit. Amalan pemakanan sihat semestinya dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan di bulan puasa ini. Pengambilan makanan juga perlu dikawal bagi mengelakkan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi & penyakit jantung.
Pastikan hidangan yang diambil ketika bersahur & berbuka adalah kurang lemak, gula & garam..pilihlah menu yang lebih sihat.
 

Dalam Islam terdapat rukhsah dalam berpuasa di bulan Ramadhan bagi ibu menyusukan bayi.

Walau bagaimanapun, bagi wanita menyusukan bayi yang ingin dan mampu untuk berpuasa, tip ini ditujukan untuk anda

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Memperbanyakkan Amal Ibadah Lain

p/s- Teruskan mengepam susu secara konsisten pada waktu siang & lebihkan penyusuan terus (direct feeding) bayi pada waktu malam..Power pumping di waktu malam disarankan bagi ibu yang mengalami pengurangan penghasilan susu pada waktu siang.

#ramadhankareem
#stayathome
#breastfeeding
#infopemakananKKM
#NutritionistKKM

94243274 3688582534501692 8079512191687983104 o

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, pelajar pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dibenar memulakan pergerakan secara berperingkat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai 27 April 2020.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan seperti berikut, iaitu:

• mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain.

• menjaga kebersihan diri, dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

• menggalakkan pemakaian alat penutup mulut dan hidung (facemask) di sepanjang perjalanan

 

94319337 10156982694781237 1122249300605140992 o 1