Sehingga 2 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 105 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes, di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 31 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

95090408 2476712212429334 2369602786565292032 o