Kita telah melihat kesan kes import kepada gelombang pertama dan kedua Covid-19. Punca PKP dilaksanakan adalah juga berpunca daripada satu kementerian yang telah meluluskan perjalanan keluar negara dalam kuantiti yang banyak. Namun ramai juga telah batalkan dan membeli tiket baru pada masa akan datang.

Adakah kita hendak melihat gelombang yang lebih teruk selepas ini? Batalkan sahaja niat anda keluar negara ketika ini. Hentikan dulu rancangan ke luar negara hingga satu tarikh iaitu sehingga vaksin ditemui.

Jika pun sempadan negara dibuka, kebanyakan negara di dunia ketika ini telah menutup sempadan negara mereka. Anda tidak tahu bilakah waktu sebenar mereka akan membuka sempadan. Dan kalau dibuka, anda tidak tahu keadaan mereka yang pada bila-bila masa akan lockdown tanpa amaran. Ini akan menyukarkan lagi proses untuk pulang ke tanah air.

Lihat contoh paling mudah, pekerja Malaysia di Singapura. Mengalami kesukaran dari segi tempat tinggal, kos sara hidup, dan kini terpaksa mengikut kuota 400 orang sehari sahaja untuk pulang.

Di Singapura juga, warga mereka yang keluar negara selepas 27 Mac dikehendaki membayar penuh kos perubatan jika didapati positif covid 19 sewaktu pulang ke negara dan tidak ditanggung insuran. Kos perbelanjaan untuk merawat pesakit covid boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Kita patut lakukan perkara sama jika sempadan negara dibuka semula untuk mereka melancong

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

95613710 2475932035840685 8935137915491581952 o