Tarikh             22 Oktober 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  6 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan terhadap peluang menjana pendapatan sambilan secara digital.

Aktiviti

Penceramah merupakan Puan Nur Syuhaidah Binti Abdul Sukor selaku pengasas Team Roadtax Online memberi pengenalan tentang menjalankan perniagaan secara sambilan dengan menyertai perkhidmatan membantu pembaharuan Roadtax pelanggan dengan harga berpatutan.

Gambar Disini

Tarikh             21 Oktober 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan

Memperkaya kaedah pemikiran secara kreatif dikalangan peserta.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang konsep pemikiran secara kreatif dan kepentingannya sebagai salah satu kemahiran insaniah yang diperlukan dalam industri pekerjaan terkini. Seterusnya, peserta diberi pendedahan tentang proses berfikir secara kreatif bagi penjanaan idea baru yang inovatif dan berkesan. Disamping itu, petugas juga menunjukkan pada slaid pembentangan koleksi gambar objek ciptaan hasil dari pemikiran idealistik yang kreatif dikalangan masyarakat jepun dalam kehidupan seharian mereka.

Gambar Disini

Tarikh             17 Oktober 2023
 Masa   2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Integrasi STEM dalam pendidikan awal prasekolah.

Aktiviti

Peserta cilik dibimbing oleh petugas untuk menggunakan tetikus bagi mengendalikan permainan pendidikan interaktif untuk mengenal bentuk asas geometri sebagai cambahan subjek Matematik. Aktiviti yang disediakan pada permainan Shape Construction memerlukan peserta untuk mengenal pasti padanan bentuk yang sama antara objek dan blok binaan yang perlu dilengkapkan. Peserta perlu klik pada objek yang terdiri dari pelbagai bentuk geometri seperti segi empat tepat, segi empat sama, bulatan dan segi tiga yang berbeza saiz dan mencari padanan yang betul untuk melengkapkan setiap peringkat. Ilustrasi permainan seperti di tapak pembinaan dan disertai bunyi penggunaan mesin dan alat pembinaan menarik minat peserta cilik untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan.

 

Gambar Disini

Tarikh             21 Oktober 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2   Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan terhadap insentif pemasaran digital kepada usahawan yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi & Digital dengan hasil kerjasama Dattel Asia Group, Rev Media Group dan MDEC.

Aktiviti

Seminar Pemasaran Digital Ohsem dikendalikan oleh Encik Ashran Ghazi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Group. Beliau memberi pengenalan tentang perkembangan teknologi pemasaran secara digital beserta testimoni usahawan yang telah berjaya mengembangkan perniagaan melalui paltform Says.com. Hasil kerjasama agensi-agensi yang terlibat, sebuah peruntukan dana digital Ohsem diperkenalkan untuk memberi peluang kepada 1000 pemohon yang terdiri daripada samada peniaga ecommerce, retail outlet, brand owner atau penyedia servis untuk mengiklankan produk dilaman premium iaitu Media Prima Platform. Peserta yang mengikuti penerangan webinar juga dijemput untuk menyertai komuniti Ohsem di aplikasi Whatsapp dan diberi pelbagai tawaran eksklusif berkaitan kaedah mempromosikan perniagaan serta pendekatan kepada perkhidmatan pengiklanan premium. 

 

Gambar Disini

Tarikh             16 Oktober 2023
 Masa   2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM Kurikulum Standard Sekolah Menengah.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan secara interaktif. Menerusi aktiviti Math Bingo, peserta harus menjalani cabaran Math Stack yang menghimpunkan soalan-soalan matematik merangkumi 4 operasi asas iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Jawapan bagi soalan yang ditunjukkan akan diturunkan dalam bentuk blok-blok angka yang perlu di klik oleh peserta sebelum blok tersebut bergerak hingga mencecah dasar tapak skrin. Kelajuan blok jawapan akan semakin meningkat selari dengan giliran soalan-soalan matematik yang perlu diselesaikan. Oleh itu, peserta perlu menjawab soalan dengan klik secara pantas akan blok angka yang semakin bertambah. Aktiviti ini sangat mencabar daya pemikiran peserta dalam penyelesaian masalah dan pengkayaan teknik pengiraan matematik dengan cekap dan betul.

 

Gambar Disini