Tarikh | 12 Disember 2023 |
Masa | 3.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kemahiran asas penggunaan Microsoft Word.
Aktiviti
Pada mulanya, para peserta diminta untuk membuat dokumen dalam perisian Microsoft Word. Kemudian, petugas menunjukkan tutorial bagi eksport dokumen Microsoft Word kepada versi PDF dengan mudah.
Tarikh | 9 Disember 2023 |
Masa | 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi pengenalan mengendalikan akaun baru Tiktok Shop bagi usahawan.
Aktiviti
Para peserta menghadiri kelas pengenalan Tiktok Shop secara dalam talian di Google Meet. Antara pengisian aktiviti yang disampaikan adalah nota persediaan sebelum membuka akaun penjual, bimbingan tentang langkah-langkah untuk mendaftar akaun baru, penyertaan Program Tiktok Affiliate, cara mendaftar Tiktok Campaign, penggunaan "Tiktok live" bagi tujuan promosi produk dan kaedah memuatnaik produk bagi kemaskini akaun penjual.
Tarikh | 8 Disember 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan aktiviti merangsang minda terhadap pendidikan STEM.
Aktiviti
Petugas meminta peserta untuk melayari laman web engineer.com dan memilih permainan pendidikan Sugar-sugar engineer. Ia menguji pemikiran kritis para peserta bagi menyelesaikan masalah yang diberikan iaitu perlu mencipta laluan bagi titisan gula agar masuk ke dalam cawan-cawan yang disediakan dan memenuhkannya. Terdapat beberapa tahap kesukaran cabaran bermula dari tahap 1 hingga ke tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh peserta apabila mereka dapat menyelesaikan cabaran pada sesuatu tahap.
Tarikh | 9 Disember 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan membuat tandatangan digital.
Aktiviti
Pada mulanya, peserta diminta membuat tandatangan di atas sekeping kertas dan gambar tersebut diambil serta dimuatnaik ke storan komputer. Petugas memberi bimbingan untuk memuatnaik gambar ke laman web background remover bagi membuang latar belakang pada gambar dan memuat turun versi tiada latar belakang. Peserta diminta untuk membuat contoh surat rasmi dan menyediakan ruangan tandatangan bagi menggunakan tandatangan digital yang telah dimuat turun.
Tarikh | 8 Disember 2023 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan asas membuat kepala surat (letterhead) pada Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas meminta peserta membuka perisian Microsoft Word dan menunjukkan pada bahagian Header, terdapat beberapa pilihan contoh letterhead yang tersedia dan boleh digunakan. Peserta juga dibimbing untuk memasukkan informasi yang diinginkan untuk membuat sampel letterhead bagi organisasi sekolah. Petugas memberi penerangan tentang elemen informasi asas yang perlu disertakan pada letterhead seperti nama organisasi / syarikat/ alamat / nombor telefon / no faks / email / logo. Pada akhirnya, peserta berjaya menghasilkan sebuah contoh letterhead yang lengkap dan disimpan sebagai dokumen template pada Microsoft Word.