Tarikh             15 Oktober 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pengenalan laman web Slides Carnival sebagai medium editor menghasilkan pembentangan.

Aktiviti

Para peserta diberikan pengenalan mengenai laman web Slides Carnival iaitu medium editor yang menyediakan pelbagai jenis template pembentangan menarik secara percuma, boleh dimuat turun dalam bentuk Microsoft Power Point, Google Slides atau Canva. Terdapat beberapa kategori besar yang diklasifikasikan untuk memudahkan pencarian oleh pengguna seperti melalui tajuk (pendidikan, bisnes, pemasaran, muzik, medik, teknologi, permainan, alam semulajadi), warna dan tema (professional, aesthetic, cool, creative, minimalist, modern, simple).
 
Petugas meminta peserta cuba membuat carian menggunakan beberapa kata kunci dan memilih slaid yang mereka inginkan untuk melihat pemilihan kaedah muat turun melalui Google Slide, Power Point dan Canva. Setelah dimuat turun, peserta dapat menyunting slaid mengikut keperluan dan kreativiti tersendiri untuk digunakan.
 

Gambar Disini