Walaupun anda kini boleh menaiki kenderaan bersama keluarga, namun ia TIDAK bermakna seluruh ahli keluarga perlu di bawa ke Pusat Membeli belah dan bersesak sesak.

Pilih premis yang mempunyai peraturan ketat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Utamakan peniaga kecil dan sederhana kerana mereka mungkin lebih memerlukan.

95402155 2623580837931772 239628517640241152 n

Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang.

Orang ramai akan diberi kebenaran untuk bergerak merentas negeri satu kali, kepada mereka yang terkandas di kampung sebelum PKP berkuatkuasa. Pergerakan ini memerlukan orang ramai memohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia, dan menuruti jadual yang ditetapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pergerakan tersebut dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei 2020.

Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Jika mereka ditahan di sekatan jalan raya, anggota polis mempunyai maklumat individu itu yang mahu pulang ke rumah masing-masing.

PDRM sudah menerima 503,276 permohonan untuk membuat pergerakan.

Sumber : Ucapan sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) /PDRM / Jabatan Penerangan Negeri Selangor

95264638 2728885747344360 1327413720762023936 n