Terdapat beberapa perkongsian yang dihantar menunjukkan beberapa ibu bapa yang membawa anak keluar ke pusat membeli belah pada waktu ini.
Lebih mengejutkan, ibu bapa memakai topeng muka, tetapi anak dibiarkan berkejaran didalam pasar raya tanpa perlindungan.
Situasi ini sama seperti ibu bapa yang memakai topi keledar tetapi membiarkan anak tanpa topi keledar membonceng di hadapan/ belakang.
Anak anak yang berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai topeng muka, oleh itu mereka sewajarnya terus berada di rumah dan tidak dibawa ke tempat yang sesak.
Walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.
Bagi mencegah kejadian kluster covid yang lebih besar di tapak binaan, majikan dan pemaju perlu mengambil langkah SEGERA.
- Pastikan setiap kediaman tidak padat penghuninya
- Pantau kebersihan kawasan tempat tinggal
- Pastikan tiada “orang luar” masuk dan menumpang di rumah pekerja
- Wujudkan rumah pengasingan untuk pekerja yang sakit dan bergejala
- Bawa untuk pemeriksaan awal jika pekerja jatuh sakit
- Lakukan pendidikan kesihatan pada mereka
- Saringan suhu dan gejala setiap hari
- Kemudahan tandas, tempat mandi dan pembuangan sisa pepejal yang sempurna.
.
Kegagalan pemaju untuk mengambil langkah pencegahan mungkin menyebabkan lebih banyak kerugian apabila pesakit dijangkiti dan tapak binaan perlu di tutup.