Tarikh: 13 September 2019 ( Rabu)

Masa: 10.00 AM-5.00 PM

Lokasi:  Bilik Latihan PI BNO

Peserta: 2 Orang

TUJUAN: Menguji dan Mengukuhkan pengetahuan para peserta  tentang komputer, pengisian dan perkakasnya dengan cara yang menarik dan menyeronokkan 

AKTIVITI:  

Aktiviti dimulakan dengan penerangan oleh petugas tentang nama dan fungsi perkakas komputer secara ringkas dan mudah. Kemudian peserta dikehendakki menjawab soalan yang disediakan oleh pertugas secara kahoot. Kahoot menyediakan kaedah menjawab secara menarik dan menyeronokkan. Jawaban akan dijawab oleh peserta di pc masing-masing, manakala soalan di lcd. Markah dan kedudukan akan ditentukan sendiri oleh aplikasi kahoot online.

 

Tarikh: 11 SEPTEMBER 2019 (SABTU)

Masa:   10.00 pagi -  5.00 petang

Lokasi: BILIK LATIHAN PI BNO

Peserta: 6 orang

 

TUJUAN

  • 1)Para peserta mengetahui dan berkemahiran dalam menaip sesuatu text atau artikal di Microsoft words.
  • 2)Para peserta mengetahui cara memasukkan gambar dan megeditnya di Microsoft words.

 

AKTIVITI

Kelas ini dimulakan dengan kaedah pembelajaran pedagogi. Kemudian, petugas memberi tugasan kepada para peserta. Peserta dikehendaki menaip semula text yang diberikan  dan memasukkan gambar yang berkaitan dalam tugasan tersebut. para peserta mula menguasai penggunaan insert > picture>warp text dan crop gambar di microsoft words.

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 12 Mac 2019 (Selasa)

: 8.00 pagi - 4.00 petang

: Pusat Internet Sg Hj Dorani

: Warga Sg Hj Dorani

TUJUAN

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan jabatan seperti Pejabat Kesihatan, Air Selangor, FAMA, dan Agensi Sekitar Daerah Sabak Bernam.

AKTIVITI

Antara program yang dijalankan antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan seperti Kuiz Online Kesihatan, Puzzle Online  dan pertandingan mengarang artikel berdasarkan video dan pameran serta jualan usahawan IKS . Petugas PI Bagan Nakhoda Omar turut sama membantu dalam melancarkan perjalanan program.

Gambar disini

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 8 APRIL 2019 (ISNIN)

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

: BILIK LATIHAN PI BNO

: 10 ORANG

TUJUAN

Kelas bersama anak2 Tabika Kemas ini adalah untuk memberi pendedahan tentang Komputer secara berperingkat Dan bermodul sepanjang tahun 2019

AKTIVITI

1. Kelas pada hari ini, mengajar peserta untuk belajar menaip dengan menguasai button tool2 lain seperti backspace, space, capslock dan shift. 

2. Disamping itu, peserta juga secara tidak langsung diajar untuk mengeja dan membaca.

3. Selain itu, sebagai bonus untuk peserta-peserta ini yang tekun belajar, kelas juga membuka Youtube untuk belajar membaca suku kata dalam bahasa Malaysia. Perkara ini menarik minat mereka untuk lebih tekun belajar.

4. Pusat internet berusaha untuk memenuhi keperluan pembelajaran luar bandar yang sedikit kekurangan daripada segi teknologi. Disini dapatlah memberi peluang peserta-peserta cilik ini untuk lebih minat belajar dengan mengunakan corak pembelajaran yang berbeza berbanding di tabika.

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 18 Mac 2019 (ISNIN)

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

: BILIK LATIHAN PI BNO

: 10 ORANG

TUJUAN

Kelas bersama anak2 Tabika Kemas ini adalah untuk memberi pendedahan tentang Komputer secara berperingkat Dan bermodul sepanjang tahun 2019

AKTIVITI

1. Kelas pada hari ini, adalah lebih kepada memberi bonus kepada para peserta dengan mengadakan Kuiz Ict berkenaan kompenan-kompenan komputer yang mereka sudah kenal.

2. Hal ini adalah untuk menguatkan ingatan peserta tentang komputer dengan lebih terhibur dan mesra.