PENGUMUMAN :

Berikut adalah carta alir yang menerangkan proses Kebenaran Khas bagi melaksanakan akad nikah dalam tempoh PKP di Negeri Selangor. Terdapat *5 Langkah* yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin bernikah iaitu :

1.Pemohon menghubungi pegawai JAIS untuk mendapatkan penerangan berkaitan proses yang akan dilaksanakan. Permohonan Kebenaran Khas akan dibuka mulai *20 April 2020 (Isnin)* dan pemohon boleh berhubung dengan pegawai JAIS pada hari dan waktu bekerja mulai *8.30 pagi hingga 4.30 petang.*

2.Kebenaran Khas akan diberikan oleh Pengarah JAIS jika dokumen pasangan adalah lengkap.

3.Pegawai akan menghubungi pasangan memaklumkan tarikh pernikahan.

4.Pernikahan dijalankan secara sidang video.

5.Pemohon hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) mengemukakan Slip Perakuan Nikah Sementara bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor selepas PKP berakhir.

Untuk makluman semua, perlaksanaan carta alir ini akan berkuatkuasa pada 20 April 2020. JAIS akan memuatnaik nombor pegawai yang boleh dihubungi berkaitan permohonan ini nanti.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Muhammad, 47 : 31 yang bermaksud :

*“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian”