Rumusan kes kluster #COVID19: Kluster perhimpunan di Masjid Seri Petaling sehingga 12pm, 10 April 2020.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

92941293 2431202166980339 4655344803372859392 o

Sehingga 10 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 118 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

Sehingga kini, seramai 69 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 70 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

92676686 2431046730329216 7361734096084533248 o

Premis Urut, Bekam dan Akupuntur Bakal Dibuka Perlu Mengamalkan Langkah Pencegahan

Perkhidmatan pengamal perubatan tradisional dan komplimentari merupakan antara premis yang boleh dibuka pada fasa ke 3 PKP.

Perkhidmatan ini adalah berisiko tinggi kerana;

 Jarak rapat , < 1 meter
 Melibatkan pengurusan cecair tubuh badan, darah dan permukaan kulit pelanggan
 Perkhidmatan melebihi 15 minit
 Perkhidmatan diruangan tertutup dengan pengudaraan dan terhad.

Bagi mencegah penularan jangkitan

1. Pengendali/Pengusaha

- Pastikan pengendali tidak bergejala dan sihat tubuh badan
- Gunakan topeng muka, sarung tangan dan PPE
- Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
- Menggunakan peralatan yang bersih dan sterile
- Mengendalikan cecair tubuh dengan baik
- Menjaga kebersihan dan disinfeksi premis dan peralatan

2. Pelanggan

- Tidak hadir jika mempunyai gejala dan tidak sihat
- Mandi dan cuci tangan sebelum mendapatkan perkhidmatan
- Menjaga jarak selamat> 1 meter dengan pelanggan lain
- Memakai topeng muka (teruatama jika bergejala).
.
Bedah siasat yang dilakukan pada mangsa covid membuktikan virus ini terdapat pada permukaan tubuh, cecair badan, darah dan organ.

Hati hati, lakukan langkah pencegahan untuk mengelakkan kluster rumah urut dan kluster bekam

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93254363 2431183556982200 6035262996089929728 n

warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius. ambil tahu dan pastikan ibu bapa dan keluarga anda dalam keadaan yang sihat dan baik.

sumber:jabatan kesihatan negeri selangor
.
.
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

91862299 2431139983653224 786964315025440768 o