Premis Urut, Bekam dan Akupuntur Bakal Dibuka Perlu Mengamalkan Langkah Pencegahan

Perkhidmatan pengamal perubatan tradisional dan komplimentari merupakan antara premis yang boleh dibuka pada fasa ke 3 PKP.

Perkhidmatan ini adalah berisiko tinggi kerana;

 Jarak rapat , < 1 meter
 Melibatkan pengurusan cecair tubuh badan, darah dan permukaan kulit pelanggan
 Perkhidmatan melebihi 15 minit
 Perkhidmatan diruangan tertutup dengan pengudaraan dan terhad.

Bagi mencegah penularan jangkitan

1. Pengendali/Pengusaha

- Pastikan pengendali tidak bergejala dan sihat tubuh badan
- Gunakan topeng muka, sarung tangan dan PPE
- Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
- Menggunakan peralatan yang bersih dan sterile
- Mengendalikan cecair tubuh dengan baik
- Menjaga kebersihan dan disinfeksi premis dan peralatan

2. Pelanggan

- Tidak hadir jika mempunyai gejala dan tidak sihat
- Mandi dan cuci tangan sebelum mendapatkan perkhidmatan
- Menjaga jarak selamat> 1 meter dengan pelanggan lain
- Memakai topeng muka (teruatama jika bergejala).
.
Bedah siasat yang dilakukan pada mangsa covid membuktikan virus ini terdapat pada permukaan tubuh, cecair badan, darah dan organ.

Hati hati, lakukan langkah pencegahan untuk mengelakkan kluster rumah urut dan kluster bekam

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93254363 2431183556982200 6035262996089929728 n