Kadar peratusan jumlah kes tertinggi adalah 30.07% dari negara Amerika Syarikat.
 
Manakala kadar peratusan kematian tertinggi adalah 12.73% dari negara Itali.
- CPRC KKM
 
Daerah zon merah kekal 26 dan zon hijau 29.
 
Hari ini hari terakhir PKP fasa kedua dan esok bermula PKP fasa ketiga sehingga 28 April.
 
Terus duduk di rumah, kekalkan penjarakan sosial dan kerap cuci tangan.
93323015 10156932711781237 1689802509779992576 n93088134 10156932713916237 2590127302557827072 n
PEMAKLUMAN RALAT
 
Merujuk kepada sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 5:30 petang 13 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku sedikit ralat. Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703). Ini bermakna kes ke-2797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.
 
KKM dan warga pusat internet bagan nakhoda omar mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada ahli keluarga arwah.
 
‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن َ
 
sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
 
Susulan aktiviti tertumpu (targeted approach) yang telah dijalankan oleh KKM melalui pengesanan, penyaringan, ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi pihak KKM telah mengenalpasti kluster-kluster kes saling berkaitan di Kuantan.
 
Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan ini adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.
 
Sehingga 13 April 2020, 20 orang telah dikenalpasti di dalam kluster ini, iaitu:
 
--14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang;
dua (2) orang telah sembuh;
tiga (3) orang dirawat di unit rawatan rapi;
seorang telah meninggal dunia (kes ke-1575).
 
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga (3) anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.
Kes indeks (iaitu kes ke-4684) bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia. Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1575 (iaitu abang kepada kes indeks).
 
Kes ke-1575 kemudiannya telah menjangkiti 7 kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.
Terdapat 339 kontak rapat telah dikenalpasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan.
sumber: KKM
Sehingga 13 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 134 kes baharu yang telah dilaporkan.
 
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes. Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes.
 
Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
 
Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
 
Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.
 
sumber:KKM
 
c62dcd06 5a98 4fb1 bc59 9cc0afe26094