Susulan aktiviti tertumpu (targeted approach) yang telah dijalankan oleh KKM melalui pengesanan, penyaringan, ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi pihak KKM telah mengenalpasti kluster-kluster kes saling berkaitan di Kuantan.
 
Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan ini adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.
 
Sehingga 13 April 2020, 20 orang telah dikenalpasti di dalam kluster ini, iaitu:
 
--14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang;
dua (2) orang telah sembuh;
tiga (3) orang dirawat di unit rawatan rapi;
seorang telah meninggal dunia (kes ke-1575).
 
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga (3) anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.
Kes indeks (iaitu kes ke-4684) bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia. Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1575 (iaitu abang kepada kes indeks).
 
Kes ke-1575 kemudiannya telah menjangkiti 7 kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.
Terdapat 339 kontak rapat telah dikenalpasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan.
sumber: KKM