Sekiranya anda telah dikesan sebagai kontak repat bagi Indvidu yang telah dijangkiti Covid 19, sila beri kerjasama untuk hadir dan melakukan ujian saringan 

Petugas akan meminta anda mendonggakkan kepala dan sebatang putik kapas halus yang panjang akan dimasukkan menerusi rongga hidung sehingga ke hujung.

Sewaktu ini, anda mungkin rasa tidak selesa, ingin terbersin atau berair mata. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit jika anda memberi kerjasama baik.
.
Cara terbaik untuk mengelakkan dari menjadi suspek covid dan mengelakkan dari melalui prosedur ini adalah dengan terus duduk di rumah dan menjauhi sebarag perjumpaan awam pada ketika ini.

92867756 2606525476303975 5839026623235489792 n

Terkini tular mengenai kenyataan berita mengenai risiko penyebaran virus menerusi gas kentut.

CDC Beijing telah menafikan kenyataan tersebut dan mengatakan jangkitan hanya mungkin berlaku sekiranya anda menghidu kentut dalam jarak dekat dan individu tersebut membebaskan gas dalam kuantiti yang banyak serta tidak memakai seluar!

Sekiranya semua individu masih berseluar dan berada dalam jarak social melebihi 1 meter, anda tidak perlu bimbang akan perebakan menerusi kentut.

Utamakan jarak sosial 1 meter, anda terselamat dari bau kentut busuk serta kemungkinan mendapat jangkitan.

92816866 2605828866373636 4671891126225993728 n

Terdapat kes keracunan melibatkan cecair mengandungi HIDROGEN HYPOCHLORITE yang sengaja diminum akibat kepercayaan bahawa ia dapat mencegah beliau daripada dijangkiti COVID19.

Dalam kes tersebut, Hidrogen Hypochlorite yang dicairkan diminum selama 5 hari berturut-turut. Akibatnya, beliau mengalami kerengsaan pada tekak.
.
Hidrogen Hypochlorite adalah salah satu disinfektan yang digunakan untuk membasmi kuman dan virus di permukaan terutamanya permukaan barang atau kawasan yang sering disentuh pada kadar pencairan dan kaedah yang ditetapkan.

TETAPI ia TIDAK BOLEH digunakan dengan cara MEMINUM atau MENYEMBUR secara terus kepada manusia!

.
Kesan Bahaya Hidrogen Hypochlorite

 Kesan terbakar yang teruk pada saluran pemakanan serta pendarahan dalam perut

 Di dalam salur darah, Hidrogen Hypochlorite boleh membentuk gelembung gas dan menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti sawan, serangan jantung dan boleh mengakibatkan kematian.

 Sekiranya dihidu pada kepekatan yang tinggi, Hidrogen Peroksida boleh mengakibatkan kerengsaan yang teruk pada saluran pernafasan.

 Pendedahan kepada mata atau kulit boleh menyebabkan kesan terbakar bergantung pada kepekatan dan jumlah pendedahan.
.

Rakyat Malaysia jangan mudah percaya dengan mitos atau amalan yang memudaratkan seperti ini.

Sumber Pusat Racun Negara

94031539 2605530156403507 4559416348039446528 n