Terdapat kes keracunan melibatkan cecair mengandungi HIDROGEN HYPOCHLORITE yang sengaja diminum akibat kepercayaan bahawa ia dapat mencegah beliau daripada dijangkiti COVID19.

Dalam kes tersebut, Hidrogen Hypochlorite yang dicairkan diminum selama 5 hari berturut-turut. Akibatnya, beliau mengalami kerengsaan pada tekak.
.
Hidrogen Hypochlorite adalah salah satu disinfektan yang digunakan untuk membasmi kuman dan virus di permukaan terutamanya permukaan barang atau kawasan yang sering disentuh pada kadar pencairan dan kaedah yang ditetapkan.

TETAPI ia TIDAK BOLEH digunakan dengan cara MEMINUM atau MENYEMBUR secara terus kepada manusia!

.
Kesan Bahaya Hidrogen Hypochlorite

 Kesan terbakar yang teruk pada saluran pemakanan serta pendarahan dalam perut

 Di dalam salur darah, Hidrogen Hypochlorite boleh membentuk gelembung gas dan menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti sawan, serangan jantung dan boleh mengakibatkan kematian.

 Sekiranya dihidu pada kepekatan yang tinggi, Hidrogen Peroksida boleh mengakibatkan kerengsaan yang teruk pada saluran pernafasan.

 Pendedahan kepada mata atau kulit boleh menyebabkan kesan terbakar bergantung pada kepekatan dan jumlah pendedahan.
.

Rakyat Malaysia jangan mudah percaya dengan mitos atau amalan yang memudaratkan seperti ini.

Sumber Pusat Racun Negara

94031539 2605530156403507 4559416348039446528 n