Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah lonjakan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman setelah perhimpunan keluarga menyebabkan kematian.
"Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita boleh hilang segala usaha dan kawalan yang kita lakukan selama ini. Mari berjaga-jaga.
"Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita," katanya di Twitter hari ini.
.
Sementara itu, di Arab Saudi, perintah berkurung juga telah diumumkan pada tempoh perayaan aidilfitri dari 23-27 Mei 2020.
Tanpa pelaksanaan PKP , mampukah pergerakan masyarakat dihentikan dari melakukan ziarah dan berkunjung ?
Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua COVID-19 susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan.
“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.”
Oleh itu, KKM menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia sekalian, tolong patuhi PKPB yang sedang dijalankan ini. Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.
Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.
- CPRC KKM
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19