Berikut adalah senarai terkini hospital di Malaysia yang merawat jangkitan #covid19.
Terdapat 40 buah hospital kesemuanya, dan penambahan hospital ini adalah sebagai langkah awal KKM menghadapi sebarang kebarangkalian.
Dalam pada itu, terdapat 26 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di seluruh Malaysia. Lapan (8) daripada jumlah tersebuh adalah dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Kesemua 26 buah pusat ini berperanan untuk merawat pesakit COVID19 yang tiada gejala atau gejala ringan, dan stabil atau juga dikenali 'step-down care'.
 
Kes baharu dilaporkan: 36 (Terdapat 1 kes import pada hari ini)
 
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,855
 
Kes sembuh: 88
 
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,439
 
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 14 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
 
Kematian: 0
 
Jumlah keseluruhan kematian: 112
 
Nasihat berkaitan COVID-19
- Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
- Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
- CPRC KKM

Kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia hari ini ialah 35.52% atau 1,540,464 kes, kenaikan sebanyak 0.66% berbanding semalam iaitu 34.86%.

Bagi kadar kematian dunia pada hari ini ialah 6.83% atau 296,252 kes, penurunan sebanyak 0.02% berbanding semalam 6.85%.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

96819354 2503609486406273 8961472095150145536 n

 

Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis hitam adalah kes harian sebenar.

1. Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)

2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.

3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu.

sumber:MKN

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

96515926 2504636512970237 561214374316867584 n

Perhatian kepada SEMUA pelajar tahfiz dan madrasah di seluruh Malaysia, anda diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Sehingga kini,

✅ 635 kes positif telah dikesan
✅ 539 atau 84.9% kes TIDAK BERGEJALA

Keadaan ini akan meningkatkan risiko penyebaran kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat.95984729 2630217733934749 4755556032590118912 n