Kelong Paradise

Salah satu tempat menarik di Sabak benam ialah Kelong Paradise Resort. Bagi golongan kaki pancing tempat ini adalah salah satu tempat yang manarik dan wajib di cuba. Kelong Paradise ini merupakan pelantar atas air yang terletak kira-kira 15 batu nautika dari Jeti Bagan Nakhoda Omar. 

Antara ikan-ikan yang menjadi rebutan dan kegilaan kaki pancing di sini ialah ikan kerapu, jenahak,senangin,bawal, pari, demuduk dan gemala. pengunjung yang berkeinginan untuk ke sini disarankan untuk mengambil pekej yang disediakan  termasuk dengan pengangkutan bot pergi dan balik serta perkakasan untuk memancing.

Nama Tempat/Bangunan: Kelong Paradise Resort

Alamat:  Jetty Kelong Paradise Bagan Nakoda Omar, 45200 Sabak, Selangor

No tel:  012-210 3995

website: https://www.facebook.com/kelongparadisesabakbernam/ 

 

 Pantai Bagan Nakhoda Omar merupakan kawasan tumpuan di daerah ini sejak sekian lama. Kini, sekitar kawasan pantai telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menarik para pengunjung bertandang ke kawasan tersebut.

Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, Pantai Bagan Nakhoda Omar begitu mudah dihubungi terutamanya melalui jalanraya dan pengunjung berpeluang untuk menghirup udara yang nyaman bersama keluarga di samping menjamu selera di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai hidangan terutamanya makanan laut segar dari laut.

 

pntai1

Pemandangan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. 

 

pntai3

Gerai makan yang terdapat berhadapan kawasan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam