Apakah yang akan berlaku sekiranya anda sebar berita palsu?

Anda boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia (AKM) 1998 bagi kesalahan penyebaran berita palsu.

Denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga denda RM1,000 selanjutnya setiap hari kesalahan.

Teruskan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"JUST STAY AT HOME, DUDUK DI RUMAH & JANGAN KELUAR"

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memastikan kita semua selamat. Andalah wira negara!

sumber: berita RTM

93852489 2446209772146245 3118938059886821376 o

Agak mengejutkan apabila rakaman seorang kanak kanak yang sedang menangis teresak esak akibat salah mengeja di paparkan di media utama kelmarin.

Jelas, kanak kanak tersebut berada dalam keadaan emotional distress dan ia bukan suatu perkara yang lucu untuk dikongsi di media. Kajian menunjukkan, ketakutan dan kebimbangan dikalangan kanak kanak dapat membantutkan minat mereka untuk belajar dan perkembangan minda.

Ya betul, setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak anak, tetapi dengan berkongsi gambar atau rakaman dalam keadaan anak yang memalukan di media sosial, ia akan meninggalkan jejak digital untuk tempoh masa yang lama.

Selain itu, rakaman anak dalam keadaan berbogel atau separa bogel jangan sesekali dikongsi di media sosial. Anda tidak tahu, ada mata mata pemangsa yang sedang memerhatikan. 

Tempoh PKP, wajar dimanfaatkan untuk anda meluangkan masa bersama anak anak dan keluarga. Jangan jadikan tempoh ini mimpi ngeri yang menjadi sejarah titik hitam kepada anak anak

93912458 2607424732880716 4693371065127141376 n

Harga Maksimum Runcit Bagi Barangan Harga Terkawal (Gas Petroleum Cecair)

HARGA ADALAH TIDAK TERMASUK CAJ PENGHANTARAN

#KPDNHEP 

#JomKongsiFakta

 #StaySafe

 #StayAtHome

 #Covid19

#skmm

92584353 1133819836960877 7811333660631629824 n 1

 

Gabungan Kesihatan Malaysia menzahirkan kekesalan terhadap beberapa keputusan yang telah dibuat sesetengah kementerian sewaktu PKP III berlangsung TANPA melibatkan pihak pakar kesihatan awam dan perubatan.

Gabungan ini mendesak agar adanya KOORDINASI YANG KETAT antara KEMENTERIAN KESIHATAN, PAKAR KESIHATAN AWAM & KEMENTERIAN YANG LAIN.

Kita tiada masa lagi. Usah tambahkan beban yang tidak sepatutnya kepada kementerian kesihatan dan juga badan keselamatan negara. Mereka mempunyai beban kerja yang tinggi

93908724 2606442789645577 1343154801671667712 o