Ambil peluang tempoh PKP yang berbaki ini untuk melatih anak untuk membantu kerja kerja di rumah.
Jika anak dibiarkan menjadi “RAJA” di rumah, kelak sikap tersebut akan terbawa sehingga dewasa dan sukar untuk diubah.
Latih anak untuk melakukan kerja rumah, biar mereka tahu tanggungjawab menjaga kebersihan. Ia juga penting untuk perkembangan dan peralihan ke alam dewasa apabila mereka mula hidup sendiri.