Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu berkongsi informasi secara berulang di Media Sosial....
Bukan dapat banyak 'like' pun....
Sebenarnya, bukan 'like' yang diminta....
1. Hantaran @ 'Posting' berulang yang dikongsikan akan dapat dilihat oleh orang lain.
2. Posting yang dikongsikan mungkin sekadar dilihat, selepas itu dibaca dan jika berulang akhirnya akan sampai informasi tersebut kepada pengguna media sosial.
3. Posting anda di Media Sosial tidak dikenakan caj walau sesen pun.
4. Posting yang dikongsikan akan kekal dan umpama dakwah selagi maklumat yang dikongsikan memberikan manfaat kepada orang lain.
Mudah bukan buat pahala.
#AlumniMIV
#PusatInternet
#KitaJagaKita
#PerangiCOVID-19
#MCMC
#KlikDenganBijak
#MalaysiaictVolunteer