Latar belakang

Adik Shah Nor Shuhada merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Munshi Abdullah Sg Ayer Tawar, Sabak Bernam. Beliau telah menjadi ahli PEDi sejak tahun 2015 dan telah mengikuti pelbagai kelas kelas ICT dan asas computer di PIM. Shah Nor Shuhada juga pernah menyertai pelbagai pertandingan ICT yang dianjurkan MCMC dan Agensi Kerajaan yang lain. Antara pertandingan yang beliau sertai ialah pertandingan Poster JAKIM, Pertandingan Poster MCMC. Namun masih belum ada rezeki untuk menang. Yang terbaru Shah Nor Shuhada menyertai pertandingan aplikasi Durian Runtuh dan peraduan Dashbord PIM hasil bimbingan petugas PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau tidak tahu untuk menggunakan Microsoft Office Microsoft Excel dan kurang mahir untuk mengendalikan computer. Beliau juga tidak tahu menggunakan ICT secara bijak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas asas asas Microsoft Office. Shah Nor Shuhada mahir menggunakan Word dan Excel untuk tugasan sekolah. Serta beliau sedang  belajar cara-cara editing gambar menggunakan paint. Setelah berkali kali menyertai advokasi PIM beliau sudah tahu adab adab dan undang undang melayari internet.

 

Apa yang dipelajari melalui PIM

Mempelajari cara Menggunakan Microsoft Office Excel, Word dan PowerPoint

Mempelajari Adobe Photoshop CS9 bagi memudahkan editing gambar

Mempelajari cara membuat Facebook

Mennyertai kelas advokasi dan Klik Dengan Bijak

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PEDi membantu beliau mahirkan cara menaip dan skill Microsoft office

PEDi juga mengajar beliau tentang adab adab dan cara yang baik untuk menggunakan internet agar  tidak menyalah gunakan internet.