henna

 

Latar belakang

Cik Intan Salbiah menjalankan perniagaan ayam korea dan henna art sejak tahun 2017 sebagai sambilan. Pada mulanya ianya sekadar hobi tetapi apabila perniagaan ini mendapat sambutan, beliau meneruskan dengan modal yang lebih besar.

Sebelum penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM250 sahaja sebulan.

Selepas penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Bagan Nakhoda Omar, beliau kini telah memiliki Facebook page sendiri dan akaun instagram dapat pelanggan  dan tempahan henna sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam dan Klang. Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook peribadi. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1200 sebulan bersih.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram

Mempelajari Adobe Photoshop CS6 bagi memudahkan editing gambar

Mempelajari cara mengambil order melalui FB

Mepelajari cara menggunakan Facebook Page dan Instagram bisnes.

Mempelajari editing video marketing.

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Pusat internet memperkemaskini cara pemasaran secara atas talian.
  • PEDi memberikan kelas kemahiran keusahawanan