Penurunan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan ketika ini selari dengan unjuran KKM hasil aktiviti kesihatan awam dan pematuhan PKP dan PKPB.

Menurunkan nilai R naught kurang daripada satu secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

R naught merujuk kepada keberjangkitan, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Jika nilai R adalah 4, bermakna setiap seorang kes positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.

Nilai ini boleh menaik semula sekiranya masyarakat alpa dan langkah pencegahan tidak diendahkan.

Patuhi PKPB. Duduk di rumah jika tiada keperluan. Jika perlu keluar rumah, patuhi SOP. Amalkan kawalan kendiri setiap masa.

sumber:KKM

#Stayhome
#KitaJagaKita

101804848 10157093692251237 2138606496060014592 n