Sindrom Kepala Rata berlaku hampir 50% bayi. Tengkorak bayi masih lembut dan tulang tengkorak masih belum bercantum sepenuhnya. Oleh itu, ia boleh berubah bentuk bergantung pada posisi bayi di baringkan.

Antara tanda awal masalah ini adalah,,

✔️ Kawasan yang rata di sisi atau belakang kepala. ✔️Daripada bulat, kepala mungkin kelihatan senget di kawasan tertentu.
✔️ Telinga yang tidak sekata. Kepala yang rata boleh menyebabkan telinga kelihatan tidak sejajar.
✔️ Tempat botak di satu bahagian kepala.

Ia tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, tapi menyebabkan masalah kosmetik dan penampilan anak di masa hadapan

98603429 2636477446642111 7705103339691704320 n