KKM mengambil maklum pengumuman oleh YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), di mana Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, Selangor telah ditempatkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
 
Arahan ini dilaksanakan susulan pengesanan 27 kes positif COVID-19 di lokaliti tersebut (termasuk satu (1) kes di luar kawasan ini). Perintah PKPD ini melibatkan tiga (3) zon dan akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.
 
Sidang Media, YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia