Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan coronavirus adalah mengapa ia hanya menyebabkan gejala ringan pada kebanyakan orang, tetapi boleh menyebabkan kematian pada individu lain.

Satu perkara penting yang diperhatikan adalah virus Covid 19 mampu membiak dengan begitu pantas selepas ia menjangkiti satu sel. Ia mengakibarkan stress yang besar pada tubuh dalam tempoh masa yang singkat.

Situasi ini menyebabkan tubuh membebaskan cytokines dengan banyak sehingga tidak terkawal. Cytokines adalah sejenis protein yang memberi isyarat untuk mengatur imuniti, keradangan dan penghasilan darah.

Apabila terlalu banyak cytokines dibebaskan, Ribut Cytokines berlaku dimana ia mula menyerang sel dan tisu tubuh selain melawan virus.

93305495 2446206445479911 5132696548211163136 n