Adakah anda sedar, dalam situasi wabak Covid-19 sekarang, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual pelbagai ubat dan produk untuk rawatan Covid-19 termasuklah produk tidak berdaftar, produk tiruan, produk yang dicemari racun dan sebagainya.

Ada juga di antaranya melibatkan jenayah terancang?

Mari sama-sama dengarkan apakah isu-isu yang berlaku di negara luar yang berkaitan jenayah farmaseutikal semasa musim Covid-19 di link di bawah

(Tajuk: Episode 2 – Dark Pharma and Covid-19 – wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM ada mengupas perkara ini bermula minit ke-29):

Rujukan : https://globalinitiative.net/a-pandemic-and-organized-crime/

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan yang mengaitkan dengan rawatan Covid-19. Semak dahulu sebelum klik:

1) No. notifikasi kosmetik (bagi hand sanitizer dan lain-lain kosmetik) atau
2) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan
3) No. KKLIU bagi iklan ubat

Elakkan membeli sebarang produk yang mengaitkan dengan pencegahan atau rawatan Covid-19 di Internet.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

sumber: farmasi KKM

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19

93136615 2439848299449059 9215098997834776576 n