Sehingga 14 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 170 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,987 kes.

Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,427 kes.

Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 60 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 33 kes memerlukan bantuan pernafasan.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93871731 2439637649470124 8692180351520342016 o