KKM telah mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi (targeted approach).

dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Misalnya, hasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM telah mengenal pasti senarai terkini madrasah dan tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling.

Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa subkluster jangkitan COVID-19 telah dikenalpasti di beberapa buah madrasah dan tahfiz.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

92655078 2435422756558280 6745829562430521344 o