setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,462 kes.
Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Mengikut trajektori unjuran KKM, pada 14 April 2020 iaitu apabila tamatnya fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), unjuran kes-kes positif dengan kebolehjangkitan adalah dijangka lebih kurang 2,033 kes.
Ini tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan fasa kedua menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.
Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk terus membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-10 dengan kekal duduk di rumah, mengamalkan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter dan kerap mencuci tangan.
sumber: KKM
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19