ADA APA DENGAN SOSEJ⁉️

Di dalam kesibukan dengan kerja dan aktiviti seharian, ramai ibu bapa cenderung menyediakan makanan segera atau makanan terproses ( processed food) bagi santapan anak-anak kerana penyediaannya yang mudah, ringkas dan cepat.

Salah satu yang menjadi “favourite” anak-anak adalah SOSEJ. Ada sesetengah ibu bapa menganggap bahawa sosej memberi kandungan nutrisi yang sama seperti daging atau ayam segar.

TIDAK SAMA SEKALI uolss❗️ SOSEJ BUKAN “DAGING” SEBENAR⚠️

Tahukah❓ kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.
Sosej merupakan sejenis makanan terproses yang mempunyai ciri-ciri berikut:

✅Tinggi kandungan lemak tepu ( Lemak Trans meningkatkan risiko kanser)
✅Tinggi kandungan garam ( sodium & MSG)
✅Tinggi bahan pengawet
✅Boleh meningkatkan tahap kolesterol "jahat" dalam badan
✅Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus

Oleh itu, pilihlah makanan yang segar dan kurangkan pengambilan makanan segera atau diproses.

#sosej
#hadkanmakanansegera
#hadkanmakananterproses
#utamakanmakanansemulajadi
#Infopemakanan
#NutritionistKKM

103323626 3865723646787579 9013886454980349423 n