Kanak kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanaan. Ini adalah kerana mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.
Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat.
Sosej adalah makanan yang paling banyak menyebabkan kejadian tercekik kerana ia bagaikan penyendal yang sempurna untuk saluran pernafasan kanak kanak.
Jika anda ingin memberi makanan makanan seperti hot dog, buah anggur, sayuran dan buah pastikan ia di potong kecil dan memanjang.
Pantau semasa mereka ketika mereka sedang makanan dan pastikan mereka duduk diam.
Ambil tahu teknik bantuan kecemasan untuk menyelamatkan kanak kanak tercekik. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja