Sekiranya anda disahkan mengalami appendicitis, rawatannya utamanya adalah pembedahan kecemasan. (Selain antibiotik)

Sekiranya tidak dilakukan, apendiks yang sedang membengkak boleh pecah dan kuman dari jangkitan apendiks akan merebak di seluruh ruang abdomen!

Situasi ini dinamakan sebagai PERITONITIS iaitu jangkitan ruang abdomen yang serius dan boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat.

Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan cili dan jambu batu sebagai punca appendicitis. Namun untuk mencegah masalah ini, makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah dan sayuran

103632582 2664827747140414 596170107114203155 n