Sukacita KKM ingin memaklumkan penamatan Kluster Pengawal Keselamatan Cheras dan Kluster Persidangan Gereja di Kuching, Sarawak.

Kluster Persidangan Gereja merupakan salah satu kluster yang telah dikesan sejak awal wabak COVID-19 di Malaysia, iaitu pada 15 Mac 2020. Sehingga 23 Jun 2020, seramai 2,751 telah disaring dan didapati 191 kes yang positif COVID-19. 12 kes telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terdapat tiga (3) kes kematian dalam kluster ini:
• kematian ke-2 (iaitu kes ke-358);
• kematian ke-37 (iaitu kes ke-2471); dan
• kematian ke-67 (iaitu kes ke-2864).

Kluster Persidangan Gereja telah melibatkan sehingga lima (5) generasi dari pelbagai kawasan di Sarawak. Kini, kluster ini telah pun sampai ke pengakhirannya.

KKM ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) serta semua petugas yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini.

Sumber: fb Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr 

*Jumlah kluster diisytiharkan tamat adalah sebanyak 43 termasuk dua kluster ini.

104479662 10157160545051237 7959176925510495171 o