Sebelum ini, pernah ada cadangan untuk pelaksanaan curfew ataupun larangan untuk keluar bagi kanak kanak pada waktu malam untuk mencegah masalah sosial

Namun, ia TIDAK dapat dilaksanakan berikutan terdapat banyak limitasi dan tiada komitmen semua pihak untuk memastikan ia mampu direalisasikan.

Tempoh PKP kini membuktikan ia bukan suatu perkara yang mustahil. Hari ini, kita lihat aktiviti melepak, basikal lajak dan pelbagai masalah sosial telah berjaya dikurangkan.

Curfew BUKAN satu satunya cara kaedah untuk mengurangkan masalah gejala sosial dikalangan kanak kanak dan remaja, namun ia terbukti sangat efektif untuk mencegah masalah tersebut.

Peraturan inj BUKAN untuk menghukum kanak kanak dan remaja, tetapi ia salah satu langkah untuk melindungi generasi masa hadapan

98205391 2634741243482398 6753282967071621120 n