cyberbullyimages 1

Buli syber

siber buli didifinisikan sebagai gangguan yang berterusan melalui segala penghinaan yang dilakukan  di alam siber iaitu di social media, laman sesawang article dan blog. Pembuli di alam siber lebih agresif kerana identiti mereka yang tidak diketahui (AITI Cyber Safety). Golongan yang seringkali dilihat terlibat dalam buli syber ini adalah golongan yang sangat dikenali seperti artis, ahli politik, bangsawan, malah rakyat biasa juga boleh terlibat dengan permasaalahan ini. Hal ini kerana, sikap sesetengah pihak yang tidak mempunyai adab dan sopan dalam menulis artikal dan meniggalkan komen yang negative kepada sasaranya.

Melihat dari sudut lebih luas, dalam dunia buli siber hari ini, rakan sebaya sering menjadi punca pendedahan gambar di social media seperti Instagram, facebook. Mereka sering meninggalkan komen negative dan turut mengkongsikan pada rakan Facebook yang lain atau menghina menerusi Twitter.

Menurut Ketua Kemampanan Digi Philip Ling, berdasarkan Digi's 2018 Yellow Heart Cyberbullying and Youth Disposition Survey 2018, sebanyak 20.5 peratus kanak-kanak sekolah mengatakan mereka dibuli dalam talian, manakala 42.1 peratus mengakui tahu siapa dalam kalangan mereka dibuli.

Melihat kepada data hampir satu daripada lima kanak-kanak yang menjadi mangsa buli siber, ia menunjukkan bahawa kes sebegini semakin meningkat dalam kalangan belia, terutamanya apabila penggunaan Internet semakin berkembang. 

 

siber

 

Antara kes buli siber yang paling kerap berlaku adalah membabitkan sindiran berbentuk, saiz atau rupa tubuh badan, perasaan cemburu terhadap mangsa dan keinginan untuk lebih dikenali dalam kalangan pengguna media sosial.

Sekalipun buli siber sering dikaitkan dengan penghinaan dan komen memalukan, tetapi sebenarnya impak jenayah ini lebih daripada itu. Apabila mangsa dibuli menerusi hantaran atas talian, ia akan meninggalkan kesan besar dalam kehidupan berikutan maklumat berkenaan boleh diakses secara meluas oleh pengguna Internet.

Komen menyakitkan daripada masyarakat siber dan netizen pula akan terus menghantui mangsa selama bertahun-tahun lamanya. Bahkan ia mungkin kekal dalam talian selagi tidak dipadamkan.

justeru itu, masyarakat disarankan untuk sentiasa beringat dalam meniggalkan sesuatu komen dan artikal yang boleh menjatuhkan orang lain malah ianya boleh membawa kepada jenayah.

klik dengan bijak, tidak pasti jangan kongsi.

sumber: mymetro

 

pembulian siber 2