Laporan Aktiviti Februari 2018

1)  Jelajah SEBENARNYA.MY di Sabak Bernam

Tarikh : 24/2/2018
Masa : 2.00 petang - 11:00 mlm
Lokasi : SMK Bagan Terap
Peserta :1000

 

Tujuan

Memperkenalkan pusat internet  malaysia kepada komuniti setempat dan mendedahkan program dashboard komuniti, kesihatan kospen serta advokasi PIM.

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada pelbagai kaum yang hadir seperti melayu, cina, india. Anggaran yang hadir 500 orang siang dan malam.Peserta yang hadir perlu mendaftar dahulu, peserta juga dapat sertai games dan melawat booth yang ada. Peserta yang daftar dapat mencabut cabutan bertuah. Hadiah seperti dapur gas, hamper, dan mesin basuh automatic.  

Lihat lagi gambar disini

 

 

2) Sihat Sejiwa & Belia Cergas (KOSPEN)

Tarikh : 24/2/2018
Masa : 9.00 pagi - 12:00 pmi
Lokasi : Masjid Ubudiah BNO
Peserta : 80

 

Tujuan

Petugas Pusat  Internet  Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan sukarelawan kospen. Bertujuan membuat saringan kesihatan untuk komuniti setempat terutama ahli Pusat Internet  Malaysia Bagan Nakhoda Omar. Saringan tersebut termasuklah ujian tekanan darah, ujian gula dalam darah, ukuran berat dan tinggi.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan saringan kesihatan oleh semua peserta. Selepas itu mereka akan diberikan advokasi ceramah tentang penjagaan kesihatan. Termasuk kehidupan sihat, makanan sihat terma suku suku separuh. Ia juga dibantu oleh jururawat Kesihatan memberikan ceramah kesihatan. Selepas itu peserta akan diajar untuk mengisi data mereka dalam Ihealth Dashboard Komunti

LIhat gambar disini

 

Laporan Aktiviti Januari 2018

 

1) KUIZ MATEMATIK ONLINE DAN KLIK DENGAN

BIJAK
 
 
 
Tarikh : 23/1/2018
Masa : 9.00 pagi - 1:00 petang
Lokasi : PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta :3

 

Tujuan

Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan perisiaan komputer dengan betul dan memupuk minat belajar.

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut, peserta terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah rendah dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Para peserta dapat mempelajari dan memupuk minat dalam menggunakan kemudahan internet dengan betul. Selain itu dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Selain itu dapat menambah kecekapan dalam matapelajaran matematik. Di awal program, petugas mengambil kehadiran peserta seterusnya para peserta mengambil tempat di dalam bilik latihan. Pelajar diberi taklimat berkaitan dengan pembelajaran yang akan
berlangsung.

Lihat lagi gambar disini

 

 

2) APLIKASI PAINT (MELUKIS DAN MEWARNA) DAN KLIK DENGAN BIJAK

 

 

 

Tarikh : 06/1/2018
Masa : 9.00 pagi - 12:30 petang
Lokasi : PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta :6

 

Tujuan

Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan perisiaan komputer dengan betul dan memupuk minat belajar.

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut, peserta terdiri daripada 6 orang pelajar sekolah rendah dalam lingkungan umur 12 hingga 16 tahun. Mereka diajar cara-cara menggunakan perisian Paint. Para peserta dapat mempelajari dan memupuk minat dalam menggunakan kemudahan internet dengan betul.sekain itu dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.

Di awal program, petugas mengambil kehadiran peserta seterusnya para peserta mengambil tempat di dalam bilik latihan. Pelajar diberi taklimat berkaitan dengan pembelajaran yang akan berlangsung.

 

 

3) SOFTWARE ADOBE PHOTOSHOP- ASAS PENGGUNAAN SOFTWARE DAN PENGHASILAN POSTER ( PELAJAR SEK MEN)

 

Tarikh : 22/1/2018
Masa : 10.00 pagi - 2:00 petang
Lokasi : PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta :3

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan mengajar para pelajar asas-asas yang perlu diketahui di dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop dan cara untuk menghasilkan poster.

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut, peserta terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah menengah dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun. Mereka diajar asas penggunaan software dan menghasilkan poster. 

Para peserta dapat mempelajari cara menggunakan kemudahan IT terutamanya penggunaan software yang ada dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat melibatkan diri dalam pertandingan poster yang dianjurkan.

Di awal program, petugas mengambil kehadiran peserta seterusnya para peserta mengambil tempat di dalam bilik latihan. Para peserta belajar menggunakan Adobe photoshop dengan cara yang yang betul.