Tarikh | 18 April 2024 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kemahiran asas pengendalian dokumen PDF.
Aktiviti
Pada mulanya, peserta diminta untuk membuka laman web ilovePDF yang menyediakan pelbagai alat pengendalian dokumen PDF seperti PDF editor, split, merge, compress, convert, rotate, protect PDF, unlock PDF dan banyak lagi fungsi. Bagi kelas kali ini, petugas menumpukan kepada kemahiran mengunci dan membuka kunci pada dokumen PDF. Peserta perlu klik pada ikon "Protect PDF", memilih dokumen yang ingin dikunci, menetapkan kata laluan dan muat turun dokumen yang telah dikunci. Bagi membuka dokumen yang mempunyai kata laluan, peserta perlu klik pula pada ikon "Unlock PDF", memuatnaik dokumen yang ingin dibuka kunci, tunggu bagi penjanaan sistem dan muat turun dokumen yang telah "unlock".