Tarikh | 07 April 2024 |
Masa | 11.30 Pagi - 1 Tengahari |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 15 Orang |
Tujuan
Membimbing pelajar untuk menggunakan laman web Canva sebagai medium bagi menghasilkan bahan grafik yang menarik.
Aktiviti
Petugas memberikan pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada laman web Canva melalui aktiviti membuat kad raya digital. Antara fungsi yang telah dipelajari oleh peserta adalah membuat teks dan bentuk, menukar jenis font, saiz dan warna tulisan, menambah gambar, elemen grafik dan animasi pada rekaan mereka. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan kad raya digital masing-masing. .