Kelas Advokasi (Klik dengan Bijak)

Tarikh

: 19/10/2018

Masa

: 9.00 pagi - 12:30 tengah hari 

Lokasi

: Sekolah Kebangsaan Sungai Leman 

Peserta

: 50 orang

 

Tujuan

Petugas Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan antara pihak yang memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Sungai Leman tentang program advokasi iaitu Klik dengan Bijak

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada 50 orang peserta daripada sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Sungai Leman. Kelas ini dimulakan dengan taklimat kepada peserta cara menggunakan web sebenarnya.my dan klik dengan bijak dan memahami dengan lebih lanjut tentang topik ini. Taklimat telah diberi oleh Ketua PiM Kluster Sabak Bernam En. Muhammad Sarih Amat. Pada akhir kelas, sesi soal jawab antara peserta dan pengajar dilakukan tentang aplikasi ini.

Lihat gambar disini