Kursus Asas Komputer (Word)

Tarikh

: 21/9/2018

Masa

: 2.00 petang - 6:00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PiM BNO

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Petugas Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan pihak yang memberikan taklimat berkenaan kursus ini iaitu mempelajari asas Word iaitu cara mengedit dokumen

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada 10 orang peserta daripada sekolah rendah dan menengah. Kelas ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pengurus PiM Bagan Nakhoda Omar. Kemudian, peserta diajar tentang asas penggunaan aplikasi Word iaitu cara mengedit dokumen seperti memasukkan teks, memilih dan memadam teks dan cara meggerakkan teks menggunakan aplikasi ini dan mereka telah diberi latihan secara bersemuka dengan tenaga pengajar. Pada akhir sesi, peserta dan pengajar melakukan sesi soal jawab untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang aplikasi ini.

Lihat gambar disini