Tarikh            19 November 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Pengenalan Linkedin sebagai laman media sosial.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang platform LinkedIn yang boleh diakses melalui pelayar laman web atau aplikasi mobil. Ia merupakan ruangan sosial yang berfokuskan kepada isi kandungan bisnes dan kemahiran profesional. Petugas juga menerangkan pengguna boleh memanfaatkan LinkedIn untuk mencari pekerjaan atau latihan amali yang sesuai, berhubung dan mengukuhkan hubungan profesional serta mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya. 

Seterusnya, petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun baru Linkedin menggunakan alamat emel dan membuat hantaran pertama pada profil peserta. Disamping itu, petugas juga menunjukkan contoh beberapa profil pengguna yang lain sebagai rujukan untuk peserta meneroka lebih banyak lagi fungsi dan kelebihan ruangan sosial di Linkedin.

Gambar Disini