Tarikh             14 September 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas mengenal dan mengingat nombor serta susunannya secara interaktif. 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan nombor 6 - 10 melalui kaedah nyanyian yang menerangkan cara-cara mengingat bentuk sesuatu angka. Para pelajar dikehendaki menyanyi bersama guru sambil membuat gaya menulis nombor yang disebutkan.
 
Bagi mengukuhkan kefahaman pelajar, mereka diuji dengan permainan pendidikan online paint. Para pelajar diberikan tablet beserta pen untuk membolehkan mereka menulis nombor yang disebutkan oleh petugas. Pada aktiviti seterusnya yang menggunakan komputer pula, mereka dikehendaki menyambung garis-garis putus pada nombor yang disediakan sebagai latihan menggunakan tetikus dan komputer.
 

Gambar Disini