Tarikh | 13 September 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan menggunakan Microsoft Excel untuk membuat data tema kemerdekaan setiap tahun.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas menunjukkan maklumat tema kemerdekaan mengikut tahun pada skrin layar. Kemudian, petugas meminta peserta untuk membuka perisian Microsot Excel pada komputer masing-masing. Petugas menunjukkan langkah demi langkah tentang kaedah untuk membuat "table" dan menyusun data secara teratur pada halaman Excel. Disamping itu, semua peserta mengikut langkah yang ditunjukkan dan mereka berjaya menghasilkan dokumen excel masing-masing pada akhir kelas.