Tarikh | 3 Jun 2023 |
Masa | 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 7 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan sains secara amali tentang topik buruj.
Aktiviti
Pada permulaan, petugas memberi penerangan tentang Internet of Things secara asas kepada para peserta sebelum memulakan pembelajaran tentang topik STEM.
1. Petugas memperkenalkan tentang apakah buruj dan menunjukkan 4 jenis buruj iaitu buruj biduk, belantik, pari dan skorpio.
2. Para peserta dibekalkan dengan bahan-bahan seperti pinggan polisterin, getah dan push pin.
3. Petugas memberi arahan kepada peserta untuk menggunakan bahan yang diberikan agar membentuk corak buruj yang dipamerkan pada skrin layar.
4. Hasilnya, setiap peserta berjaya menghasilkan sampel corak buruj seperti yang dikehendaki.