Tarikh | 2 Jun 2023 |
Masa | 12.30 Tengahari - 1.30 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 12 Orang |
Tujuan
Memberi latihan kemahiran pembentangan secara asas kepada peserta.
Aktiviti
Selepas melakukan amali berkaitan ujikaji kertas litmus terhadap bahan asid, alkali dan neutral, para peserta dikehendaki membentangkan tentang hasil yang mereka perolehi secara berkumpulan. Setiap individu memperkenalkan diri dan memberitahu hasil aktiviti yang telah mereka jalankan kepada ahli kelas. Beberapa hasil dapatan juga dibincangkan agar mendapat respon daripada kumpulan lain.
Petugas memberi bimbingan untuk peserta memberanikan diri bercakap dihadapan melalui tips seperti berdiri dengan struktur badan menghadap penonton, bersuara dengan nada yang kuat dan jelas serta mengambil giliran antara ahli kumpulan untuk membuat pembentangan. Selain itu, pendengar pula dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada kumpulan lain dan berinteraksi apabila perlu.