Tarikh             2 Jun 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.30 Tengahari 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  12 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan secara amali tentang topik bahan asid, alkali dan neutral.

Aktiviti

Pada permulaan, petugas memberi penerangan tentang Internet of Things secara asas kepada para peserta sebelum memulakan pembelajaran tentang topik STEM.

1. Petugas memperkenalkan tajuk asid, alkali dan neutral serta kaedah yang akan digunakan untuk membuat ujikaji terhadap bahan-bahan berkaitan iaitu menggunakan kertas litmus biru dan merah.

2. Video demonstrasi aktiviti daripada sumber Youtube juga ditayangkan agar peserta lebih faham tentang cara untuk menjalankan ujikaji.

3. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua.

4. Semua kumpulan diberikan bahan untuk menjalankan amali iaitu kertas litmus biru dan merah serta kertas dan pen untuk merekod 13 hasil ujikaji.

5. Peserta menjalankan ujikaji dan menentukan jenis bahan berasid, beralkali atau neutral menerusi indikator kertas litmus.

6. Setelah semua kumpulan selesai, mereka dikehendaki membentangan hasil dapatan kajian kepada ahli kelas.

Gambar Disini